JellyPages.com

Saturday 20 September 2014

New Life :) New Journey :)

Bismillahirrahmanirrahim

 Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tak menulis blog. Hai i'm back.

 Charlie
   
After one year leave student life now i'm back as student at Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
 

 

KMPP sesi 2014/15

Modul III (biologi , kimia, sc komputer, math )
not easy as u think 
 Seronok kat sini, pensyarah baik, kawan baik dan kemudahan pon baik. hai semua baik la kiranya.

sebenarnya dah 2 bulan setengah dah duk kmpp ni, dan dah hadapi ups dah . Uwaa.... dapat result tak macam yang  diharapkan. Tapi itu semua pembakar semangat untuk terus berjaya. You can do it fatin. Yeahhh CHAIYOKK!!!


Hate study

Faded from the Winter


 sekarang saya perlu berubah untuk jadi yang lebih baik, INSYAALLAH
no time left, exam is around the corner

dan tak lupa kena banyak tawakal pada Allah. Permudahkan urusan hambamu ini YA ALLAH.
Semoga hamba mu ini dapat membanggakan ibu bapa, kolej dan memberi manfaat kepada umat Islam kelak.
Terima kasih YA ALLAH.





                                   


ALLAH UJI TANDA INGATAN DAN SAYANG #part2

Assalamualaikum dan selamat petang.
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk meneruskan hidup dan berjalan di bumi Allah yang serba indah ini. Alhamdulillah juga kerana diri ini tetiba rajin nak update blog.

8.5.13
Awal pagi tu,nurse bawa pi bilik x-ray,cek paru-paru dan paru-paru okay. Selepas semalaman di wad kecemasan dan selepas dimasukkan 2 botol aip drip dalam badan, pagi tu doktor datang periksa. Aku still susah nak jalan, pastu doktor kata 'saya masukkan kamu ke wad ya?' masa tu perasaan agak teruja tapi perasaan nak nangis sgt2 pon ada. Cek nak balikkk,cek laparr. Hmm, tapi apakan daya tiada kudrat nak berkata begitu, hanya mampu simpan dalam hati ja. Nurse yg baik hati tu pon bawa aku pi wad6 dgn wheelchair. Ummi ngan abah balik sbb tak prepair apa pon sbb ingat smlm boleh balik lepas masukkn air dlm badan. Aku dengan berat hati pi masuk wad, takda teman. Pastu aku bersantai atas katil kat wad6, semua pakat usyar pelik ja. Aku sorg ja pakai tshirt biasa dah la colour oren,silau abih. Masa tu Ya ALLAH, baru aku tau mcm ni la suasana kat hospital. Dulu mai sat2 saja datang lawat org tapi bila diri sndiri kena duduk rasa lain terus. Dalam brapa minit lpas tu, ada doktor india perempuan datang(doktor kenchana). Macam biasa dia tanya a smpai z. Dah la masa tu susah nak cakap, angguk geleng ja aku buat. Lepas tu datang lagi sorg doktor cina lelaki. Aku rasa lepas depa check aku, depa tak tau apa penyakit aku then doktor cina tu pon cek skali lagi. Depa periksa kaki aku, tapi aku tak rasa apa pon.   lepas doktor semua beredar,datanglah kakak yg manis student nurse bawa baju hospital suruh aku tukar. Masa tu dah la sorang2 ummi pulak tak mai lagi, aku nangis dalam tandas bukan sbb apa tapi aku tak leh gerak tangan krem terus. Lama aku termenung kat dlm tandas tu, then kakak tu ketuk dia tolong aku. Terima kasih kakak. Lepas tu aku msg ummi, suruh datang cepat sbb doktor nak jumpa. Ramai doktor mai kumpul kat aku, nerbes gila. Doktor dok bincang apa ntah speaking english, malas nak dengar. Lepas tu jururawat bawa aku pergi ke katil yg tak ramai sangat ada org, masa tu ummi sampai. Lapar gila masa tu, ummi suap bubur nasi. Sambil nangis2 telan sbb sakit tekak lagi. Doktor datang kat katil aku, masa tu doktor pakar saraf(doktor irin) kat hospital tu yg datang. Dokotor peramah dan baik sangat. Dia check skali lagi,pastu dia suruh aku try minum air sendiri tapi aku tak boleh buat. Doktor ckap aku kena pakai risetube. Masa tu first time dengar mmg excited gila tapi bila pakai, nauzubillah peritnya masuk tube kat hidung. Lepas tu doktor tan yang lawak datang bukan sorang tapi dia bawa student dia yg bakal jadi doktor. Dia check aku, then dia ajar pelajar dia macam nak periksa pesakit macm aku. Hari tu mmg ramai doktor mai check,sampai peluh2 aku. Agak petang lepas tu, nurse tolak katil aku ke bilik yg ada 6 orang, 24 jam dalam pemerhatian doktor. Sebelum tu depa bawa aku pi bilik ct scan. check otak, result okay jugak. Doktor2 lagi pelik sbb tak tau lagi apa penyakit ni tapi doktor dah suspek ada satu penyakit mcm ni jarang orang kena dan simpton2nya ada kat aku, lepas tu doktor minta kebenaran ummi nak ambil air tulang belakang bagi mengesahkannya. Ramai cakap kalau ambil air tulang belakang ni peratus lupuh dia tinggi tapi ummi percaya pada takdir Allah kalau Allah kata  lumpuh tak ambil air tulang belakang pon akn lumpuh jugak. Ummi kata kalau ini yang terbaik,doktor buatlah. Kalau tak ambil kita pon tak tau apa penyakitnya. Aku tanya sakit tak, doktor kata sikit ja mcm kena gigit semut. Doktor cucuk dekat tulang belakang, mmg sakit la tapi tahan atin kuat atin kuat. Bagi semangat kat diri. 2 kali doktor ambil. Alhamdulillah selesai. Lepas tu aku kena baring 7 jam rasanya, tak leh gerak. Mmg lenguh gila badan. Beberapa jam lepas tu, doktor datang dah sahkan aku sakit GBS(guillain barre syndrome). Pasal penyakit tu, malas nak crita sbb kalau goggle banyak info ada.



9.5.13
Selepas dah sahkan penyakit, doktor cepat2 masukkan ubat utk membunuh virus tu. Setelah dua hari kat hospital, tetiba aku susah nak nafas sebab batuk lama sangat. Doktor sahkan aku ada kuman dalam paru2 n tambahan pula virus tu hampir serang paru2. Doktor segera minta nurse masukkan bantuan pernafasan melalu mulut n segera masukkan kat aku kat ICU. Lepas tu, habis satu badan ada wayar. Doktor cakap kat ummi, harapan nak sembuh 50/50. Ummi berserah ja pada takdir. Aku pengsan 1 hari. Masa sedar kat ICU tu nampak ada kawan2 datang. Lepas tu cikgu2 sekolah lama. Kawan Ummi kawan kak ngah yang penting saudara mara dari kelantan,kuala lumpur and kedah datang. Datang sembang2. Ya Allah seronok nampak mereka semua, Mereka bagi semangat dan berdoa utk aku. Ya Allah, hanya Allah saja mampu membalas jasa kalian. Aku bersyukur dapat dikelilingi org yg penyayang. Masa kat ICU rasa sedih sangat, dah la malam2 dok sorg2. Org sekeliling semua tak leh nak sembang2.

11.5.13
 lepas 4 hari kat ICU, doktor nampak perubahan pastu doktor keluarkan tiup pernafasan dr mulut. and doktor hanya bubuh tiup pernafasan kat hidung. Pastu doktor tolak aku masuk wad balik. Masa kat wad tu doktor fisio n doktor carakerja dtg buat treatment. Okaylah. Makin baik. Alhamdulillah. Masa kat wad tu mcm2 nampak, segala jenis penyakit dapat tengok. Ada jiran katil sebelah yang meninggal dunia pon ada. Ya Allah memang buka mata jugak la. Ragam manusia, penyakit yang Allah bagi kat seseorang memang tak sia2 semua ada hikmahnya.




25.5.13
Setelah hampir 2 minggu kat hospital, atin dibenarkan balik tapi still kena pakai tiub kat hidung utk makan.  Sebelum keluar wad depa tukaq tiub baru ,mmg riyau satu wad la dgr. Riuh. Balik rumah pon nnt kena datang buat fisio hari2 kat hospital. Tapi alhamdulillah, bersyukur sgt diberi kesemptan buat kali kedua. ALHAMDULILLAH.

 Terima kasih ummi sanggup jaga atin waktu malam even pagi tu pon ummi pergi sekolah jugak. Tak lupa juga ahli keluarga yang lain,abah, kak ngah ,mak njang, idah dan banyak lagi. Yang penting terima banyak2 sekali lagi padda  ahli yang doakan kesihatan saya, hanya Allah membalasnya. TERIMA KASIH, jaasa korang tak mampu saya balas.
 PLUS doktor2  kat hospital seberang jaya, terima kasih banyak sanggup hri2 datang jumpa saya. Doktor Irin, Doktor Tan,Doktor Kenchana, Doktor Azrin dan banyak lagi lah. terima kasih kerana selalu datang merawat saya disamping memberi kata2 semangat. Staff nurse juga, terima kasih semua.



     




 







  

Friday 2 August 2013

ALLAH UJI TANDA INGATAN DAN SAYANG #part1

Take a deep breath,breathe out and smile 
  BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM
Hari ini tetiba teringin nak kongsi cerita pasal perkara atau boleh dikatakan pengalaman yang berlaku beberapa bulan lepas. Feeling ramadhan and raya sekali |Okay sapa nak baca dipersilakan, sapa tak mau boleh ambil cursor dan tekan pangkah di atas| Entri kali ini mungkin agak panjang. Sila lah bawa bantal bersama agar boleh tidur lepas baca blog ini. 
Okay. 

Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu berkata: bahwa “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin. Sungguh seluruh perkaranya adalah kebaikan. Yang demikian itu tidaklah dimiliki oleh seorangpun kecuali seorang mukmin. Jika ia mendapatkan kelapangan, ia bersyukur. Maka yang demikian itu baik baginya. Dan jika ia ditimpa kesusahan, ia bersabar. Maka yang demikian itu baik baginya.” (HR. Muslim no. 2999)


3.5.13
. Masa tu semua tengah semangat nak PRU.Tapi aku alami demam,batuk, selsema dan sakit urat. Aku pon ingat demam biasa, then pergilah klinik dekat rumah. Dooktor bagi ubat 7 jenis; vit c,vitamin ni sedap sangat ;antibiotik,doktor suruh habiskan tapi tak mampu aku lakukan ;selsema,sangat mujarab ;kahak, pahit bebenor ;demam, okay boleh diterima ;batuk, tekak aku tak leh terima ubat ni ;ubat angin,sedap macam cekelat hacks. Total RM50. Lepas tu balik rumah makan ubat macam biasa. Tapi rassa semacam saja,macam ada tak kena. Batuk siang malam tak henti sampai tak leh tidur. 


Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia turunkan untuk penyakit itu obatnya.” (HR. Al-Bukhari no. 5678)

4.5.13
Rasa letih sesangat. Bangun pon tak larat. Tapi semua berlagak macam biasa sebab ade demam biasa saja. Kaki mula rasa berat. Memang rasa down gila masa tu. Nak makan pon tak lalu. Kalau makan mesti muntah muntah,kiranya apa yang makan semua tak lekat kat perut. Makan?? minum air ja kot masa tu sebab yang semua tak leh nak telan. Ummi marah sebab tanak makan. Tapi jujur memang tak leh nak makan. And the worst thing aku batuk tak henti henti. Malam memang tak leh tidor sebab batuk teruk sangat. Rasa macam anak tekak nak keluar ja. 

5.5.13
PRU 13. Okay semua memang busyy hari tu. Pepagi lagi aku kena tinggal sorang sorang kat rumah, semua pakat dok berkempen. Mood berkempen semua.Sedih aku tak dapat join. (ada hati dalam dok sakit sakit) Sebelum keluar rumah, ummi pesan makan ubat. Okay noted to self. Boleh dikatakan aku terperap dalam bilik seharian,bukan tanak keluar tapi memang masih tak larat badan lemahh longlai kaki jadi berat macam kena simen nak angkat kaki memang tak boleh.. Demam dah lega tapi batuk makin teruk. Disebabkan aku anak manja, malam tu aku tidur dengan ummi,hehehe. Nak lebih kasih sayang. Tapi bukan boleh tidur sebab batuk teruk sangat dan sangat.Muntah air.

6.5.13
Penang cuti. Ummi pelik sebab aku tak lega lega batuk lagi. Lepas tu ummi cadangkan pergi cek kat hospital. Pagi tu pergi hospital seberang jaya. Masuk Jabatan Kecemasan. Masa bleh jalan sikit sikit lagi tapi sebab aku lemah so pakai wheelchair. Tunggu doktor periksa. Lepas tu ceritala kat doktor apa yang berlaku. Doktor pon cucuk jarum. Okay first time cucuk sebab nak ambil darah. Perasaan= terharu+nak nangis+terkejut=spechless. Doktor masukkan air satu botol dalam badan. Lama sesangat. Dok kat ruang kecemasan memang best gila. Dapat tengok ambulans ambulans datang hantar pesakit excident la lelah la asma la, macam macam ada. Lepas tu, habis sebotol aku okay sikit, boleh gagah jalan. Nak balikkk. Nak tidoq. Disebabkan tunggu doktor lama sangat,aku bangun dengan bawa bottle drip tu jalan pi cari doktor. Aku kata kat jururawat tu 'saya nak balik'. Jururawat tu risau 'eh, adik tak leh balik dengan jarum ni, doktor periksa adik tadi yang mana'. Lepas tu doktor aku mai. Doktor tu kata lambat sebab depa tunggu result darah aku. Then, tunggu lagi. Doktor pon mai kat aku, 'darah adik ok,mungkin adik kurang kalsium' 'Kalau adik tak ok lagi 2 3 hari datang balik ya'. Aku pon terhangguk angguk. OK saya faham. Aicewahh, Lepas tu tunggu abah ambil ubat. Ubat yang sama cuma tambah air kalsium. Aku pon balik. Ummi pesan,'atin makan ubat'. Malam tu,aku still and still tak leh nak telan dan pergerakan kaki makin down. Nak masuk toilet pon kena papah. Kaki jadi cram terus. Batuk tak henti lagi.

7.5.13
Semua pergi kerja, aku tinggal sorang sorang. Abang ada tapi dia tidur sebab baru balik kerja so macam tak ada orang ja. Pagi tu memang lemah, sembahyang kena duduk. Lepas tu ummi mesej, tanya makan ubat tak lagi dan masa tu aku baru perasan mulut aku dah tak leh tutup. Masa tu Ya Allah hanya Tuhan yang tahu, aku menangis. Aku mesej ja kat ummi, dan aku juga baru perasaan mata aku jadi rabun. Lagi la aku bertambah sedih. Aku gagah bangun makan ubat pastu tidur balik sebab aku rasa letih. Ummi balik, aku buat buat kuat gagah bangun. Ummi marah sebab aku tidur tapi aku tahu jauh di sudut hati ummi,ummi risau aku tak lega lega lagi. Aku cakap nak pergi hospital balik sebab aku tak larat dah. Tapi aku tak pasti nak pi ke tidak. Aku tunggu malam sikit, aku memang lemah gila rasa nak pengsan dah masa tu. aku pon setuju nak pi hospital balik. Macam biasa,dekat Jabatan Kecemasan sebelum jumpa doktor kena jumpa pembantu perubatan dulu, Hari tu jururawat lelaki, hensem kot hahah dan lagi aku mengusya. Tak insaf sunnguh. Semalam perempuan. Tunggu doktor lama la jugak mungkin sebab malam kot pesakit ramai. Berbangkukan wheelchair,aku tunggu doktor panggil nama aku. Ummi teman aku masuk sebab aku tak leh nak cakap dengan sempurna. Sebenarnya bilik tu sempit so depa suggest penjaga just tunggu kat luar. Tapi kes aku lain. Ummi wakil aku cerita balik, doktor perempuan yang periksa aku tu perasaan 'eh,ni adik yang datang semalam kan'. Then, doktor tu check lebih terperinci. Doktor pon pelik sebab darah aku okay tapi still sakit lagi. Masa tu aku memang rasa nak pitam,mata jadi makin blur. Doktor tu cakap ' aku rasa budak ni macam nak (collepst)*tak tau eja tapi bunyi lebih kurang* ja'. Aku rasa mungkin akan pengsan la kot. Then, lepas doktor tu cucuk aku masukkan jarum. Depa masukkan sebotol air. Doktor tu pesan kat jururawat 'hantar adik ni ke wad*k aku lupa nama wad tu tapi wad tu sama lorong dengan ruang kecemasan*'. Kat situ aku disediakan katil. K aku ngantuk gila,hampir pagi juga, *tak tengok jam* Sebelum tu jururawat tu tolak aku pergi bilik x-ray. Cek paru paru.  Mata mengantuk tapi tak leh nak tidur la pulak. Dah la kat situ nampak macam macam pesakit. Sat lagi dok dengar pulak nurse tu cerita ada polis mai jaga sebab ada hindu dok tetak tetak orang kena hantar hospital. Seram doo duk situ.
08/05/2013 3.26 am -camera aku ada set time and date rupanya- 





Okay,night peeps.Cukup untuk hari ini. Sambung part lain pulak. Nak tau aku sakit apa?? Tunggu akan disambung Aicewah atin asal kau bajet pilem sangat. Eh, tak leh ka?  Suka ahh. ihihihi. Semoga Allah memberkati kita. Wasalam. #Smile it is gift
                                                                                                                                       BERSAMBUNG:))

Monday 18 February 2013

susah dahulu senang kemudiaN!!

 Bismillah hirrahmanirrahim,

it's 2013 already people

 actually ni entry setahun lepas!!
weh baru nak update kaa??(suara jiran aku)
*tutup muka* malu-malu
hahahahha

ha la,saya ni kan rajin tu la baru nak update
ok, stop merepek atin!!
Yeah!!

Here we goo~

kenangan bersama kawan2 di asrama memang susah dilupakan 
tsk tsk ;( rindunya kat depa
kami pernah jadi junior dan kami semua pernah jadi senior
pahit manis mmg susah dilupakan!!
Dear friends:semoga hampa bahagia dan terus berjaya disamping mendapat keredaan Ilahi


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ni la kesusahan kami selama seminggu berakhir dengan senyuman ,,
penat lelah mengadakan sesi orentasi untuk budak2 f1 yang macm2 kerenahnya,,
meh usyar pic depa:



semua muka blur  = ="
everything change dear
asrama not like your home  *evil laugh
okay,kami pon pernah merasainya.



kamilah gang f5 yang jd fasi depa. .omg . .lawak siot,
 enjoy berorentasi dengan mereka :D

maaf lah adik2 f1..atas ksilapan kak2 smua, ,kita mnusia biasa x trlpas dr mmbuat ksilapan

f5 pic

loading..
 <3 <3
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

inilah KAMI!!

assalamualaikum,
sihat2 belako diharapkan.

*MOMENTS*


 barisan-barisan f5
banyak kerenah tapi satu hati

banyak watak tapi satu jiwa

tapi km bkan gila kuasa 
hewhewhew
sebab kami fikir kami semua sama sahaja


(:




candidate spm 2012


**
oppsss!!

ex-candidate spm sudah
okay,doakan yang terbaik buat kami semua.Amiin





they are really fun :D 
miss them so badly :(
sahabat saya memang ramai.#fact
;dear my friends:saya nak minta maaf andai terkasar bahasa,menyinggung perasaan hampa semua sepanjang perkenalan kita.
<3 <3 <3

sahabat adalah anugerah Allah
Allah kirimkan sahabat kepada kita, kadang-kadang Allah uji bermacam dugaan kepda kita agar kita terus bersabar dan beriman kepadaNya.
Kita mestilah merima seadanya, kita berhak menggembirakan mereka, menegur mereka, mendengar tangisan mereka, membantu mereka, menemani mereka, menyayangi mereka.
Dan kita tak perlu berkawan kerana rupa atau harta,kerana itu semua hanya bersifat sementara.
Kita hargailah mereka dengan apa yang kita mampu jangan berlebihan. Just be yourself . Mereka tentu dapat menerima kita jika kita ikhlas.
Tanpa kita sedari,kita akan merindui senda gurau,gelak tawa,tangis hiba mereka suatu hari nanti. :)
So,hargailah sahabat kita. <3
Bimbinglah mereka bersama kita menuju ke jalan yang diredhai Allah dan InsyaAllah menuju Syurga kelak.
Sentiasa bemuhasabah diri


Setiap manusia mempunyai kelemahan, kita sebagai manusia tidak perlu merasa sedih akan kelemahan itu kerana tanpa kelemahan kita tak akan sedar  akan kelebihan kita.
 Jangan kerana 1 kelemahan mereka kita lupa 1000 kebaikan mereka kepada kita


Memang ramai yang mahu naiki toyota alphad dengan kita,tapi yang penting siapa yang mahu bersama kita menaiki bas apabila toyota alphad kita rosak. 

 Everyone chases after happiness, not noticing that happiness is right at their heels.-Bertolt Brecht

Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, i may not follow. Just walk beside me and be my friend..-Albert Camus

1 maksud 4 patah perkataan 24 huruf:
 <3 SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA <3

by the way ALLAH is first,









Sunday 18 December 2011

kamu:

u'r my sweet heart


tidor nmpk kamu

mkan nmpk kamu

mndi nmpk kamu

aq brharap agar dpat brsama dgn kamu sentiasa
kamu pon msti suka kat aq nnt.
aq akn mnjga kamu dgn sebaiknya
aq x kan mnduakan kamu
aq akn setia pa kamu
tp bolehkah aq mndapatkn kamu


aqkan aq usahakan
kamukamukamu. .
aq menginginkan kamu. .


sarangheyo <3



:)