JellyPages.com

Saturday 20 September 2014

ALLAH UJI TANDA INGATAN DAN SAYANG #part2

Assalamualaikum dan selamat petang.
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk meneruskan hidup dan berjalan di bumi Allah yang serba indah ini. Alhamdulillah juga kerana diri ini tetiba rajin nak update blog.

8.5.13
Awal pagi tu,nurse bawa pi bilik x-ray,cek paru-paru dan paru-paru okay. Selepas semalaman di wad kecemasan dan selepas dimasukkan 2 botol aip drip dalam badan, pagi tu doktor datang periksa. Aku still susah nak jalan, pastu doktor kata 'saya masukkan kamu ke wad ya?' masa tu perasaan agak teruja tapi perasaan nak nangis sgt2 pon ada. Cek nak balikkk,cek laparr. Hmm, tapi apakan daya tiada kudrat nak berkata begitu, hanya mampu simpan dalam hati ja. Nurse yg baik hati tu pon bawa aku pi wad6 dgn wheelchair. Ummi ngan abah balik sbb tak prepair apa pon sbb ingat smlm boleh balik lepas masukkn air dlm badan. Aku dengan berat hati pi masuk wad, takda teman. Pastu aku bersantai atas katil kat wad6, semua pakat usyar pelik ja. Aku sorg ja pakai tshirt biasa dah la colour oren,silau abih. Masa tu Ya ALLAH, baru aku tau mcm ni la suasana kat hospital. Dulu mai sat2 saja datang lawat org tapi bila diri sndiri kena duduk rasa lain terus. Dalam brapa minit lpas tu, ada doktor india perempuan datang(doktor kenchana). Macam biasa dia tanya a smpai z. Dah la masa tu susah nak cakap, angguk geleng ja aku buat. Lepas tu datang lagi sorg doktor cina lelaki. Aku rasa lepas depa check aku, depa tak tau apa penyakit aku then doktor cina tu pon cek skali lagi. Depa periksa kaki aku, tapi aku tak rasa apa pon.   lepas doktor semua beredar,datanglah kakak yg manis student nurse bawa baju hospital suruh aku tukar. Masa tu dah la sorang2 ummi pulak tak mai lagi, aku nangis dalam tandas bukan sbb apa tapi aku tak leh gerak tangan krem terus. Lama aku termenung kat dlm tandas tu, then kakak tu ketuk dia tolong aku. Terima kasih kakak. Lepas tu aku msg ummi, suruh datang cepat sbb doktor nak jumpa. Ramai doktor mai kumpul kat aku, nerbes gila. Doktor dok bincang apa ntah speaking english, malas nak dengar. Lepas tu jururawat bawa aku pergi ke katil yg tak ramai sangat ada org, masa tu ummi sampai. Lapar gila masa tu, ummi suap bubur nasi. Sambil nangis2 telan sbb sakit tekak lagi. Doktor datang kat katil aku, masa tu doktor pakar saraf(doktor irin) kat hospital tu yg datang. Dokotor peramah dan baik sangat. Dia check skali lagi,pastu dia suruh aku try minum air sendiri tapi aku tak boleh buat. Doktor ckap aku kena pakai risetube. Masa tu first time dengar mmg excited gila tapi bila pakai, nauzubillah peritnya masuk tube kat hidung. Lepas tu doktor tan yang lawak datang bukan sorang tapi dia bawa student dia yg bakal jadi doktor. Dia check aku, then dia ajar pelajar dia macam nak periksa pesakit macm aku. Hari tu mmg ramai doktor mai check,sampai peluh2 aku. Agak petang lepas tu, nurse tolak katil aku ke bilik yg ada 6 orang, 24 jam dalam pemerhatian doktor. Sebelum tu depa bawa aku pi bilik ct scan. check otak, result okay jugak. Doktor2 lagi pelik sbb tak tau lagi apa penyakit ni tapi doktor dah suspek ada satu penyakit mcm ni jarang orang kena dan simpton2nya ada kat aku, lepas tu doktor minta kebenaran ummi nak ambil air tulang belakang bagi mengesahkannya. Ramai cakap kalau ambil air tulang belakang ni peratus lupuh dia tinggi tapi ummi percaya pada takdir Allah kalau Allah kata  lumpuh tak ambil air tulang belakang pon akn lumpuh jugak. Ummi kata kalau ini yang terbaik,doktor buatlah. Kalau tak ambil kita pon tak tau apa penyakitnya. Aku tanya sakit tak, doktor kata sikit ja mcm kena gigit semut. Doktor cucuk dekat tulang belakang, mmg sakit la tapi tahan atin kuat atin kuat. Bagi semangat kat diri. 2 kali doktor ambil. Alhamdulillah selesai. Lepas tu aku kena baring 7 jam rasanya, tak leh gerak. Mmg lenguh gila badan. Beberapa jam lepas tu, doktor datang dah sahkan aku sakit GBS(guillain barre syndrome). Pasal penyakit tu, malas nak crita sbb kalau goggle banyak info ada.



9.5.13
Selepas dah sahkan penyakit, doktor cepat2 masukkan ubat utk membunuh virus tu. Setelah dua hari kat hospital, tetiba aku susah nak nafas sebab batuk lama sangat. Doktor sahkan aku ada kuman dalam paru2 n tambahan pula virus tu hampir serang paru2. Doktor segera minta nurse masukkan bantuan pernafasan melalu mulut n segera masukkan kat aku kat ICU. Lepas tu, habis satu badan ada wayar. Doktor cakap kat ummi, harapan nak sembuh 50/50. Ummi berserah ja pada takdir. Aku pengsan 1 hari. Masa sedar kat ICU tu nampak ada kawan2 datang. Lepas tu cikgu2 sekolah lama. Kawan Ummi kawan kak ngah yang penting saudara mara dari kelantan,kuala lumpur and kedah datang. Datang sembang2. Ya Allah seronok nampak mereka semua, Mereka bagi semangat dan berdoa utk aku. Ya Allah, hanya Allah saja mampu membalas jasa kalian. Aku bersyukur dapat dikelilingi org yg penyayang. Masa kat ICU rasa sedih sangat, dah la malam2 dok sorg2. Org sekeliling semua tak leh nak sembang2.

11.5.13
 lepas 4 hari kat ICU, doktor nampak perubahan pastu doktor keluarkan tiup pernafasan dr mulut. and doktor hanya bubuh tiup pernafasan kat hidung. Pastu doktor tolak aku masuk wad balik. Masa kat wad tu doktor fisio n doktor carakerja dtg buat treatment. Okaylah. Makin baik. Alhamdulillah. Masa kat wad tu mcm2 nampak, segala jenis penyakit dapat tengok. Ada jiran katil sebelah yang meninggal dunia pon ada. Ya Allah memang buka mata jugak la. Ragam manusia, penyakit yang Allah bagi kat seseorang memang tak sia2 semua ada hikmahnya.




25.5.13
Setelah hampir 2 minggu kat hospital, atin dibenarkan balik tapi still kena pakai tiub kat hidung utk makan.  Sebelum keluar wad depa tukaq tiub baru ,mmg riyau satu wad la dgr. Riuh. Balik rumah pon nnt kena datang buat fisio hari2 kat hospital. Tapi alhamdulillah, bersyukur sgt diberi kesemptan buat kali kedua. ALHAMDULILLAH.

 Terima kasih ummi sanggup jaga atin waktu malam even pagi tu pon ummi pergi sekolah jugak. Tak lupa juga ahli keluarga yang lain,abah, kak ngah ,mak njang, idah dan banyak lagi. Yang penting terima banyak2 sekali lagi padda  ahli yang doakan kesihatan saya, hanya Allah membalasnya. TERIMA KASIH, jaasa korang tak mampu saya balas.
 PLUS doktor2  kat hospital seberang jaya, terima kasih banyak sanggup hri2 datang jumpa saya. Doktor Irin, Doktor Tan,Doktor Kenchana, Doktor Azrin dan banyak lagi lah. terima kasih kerana selalu datang merawat saya disamping memberi kata2 semangat. Staff nurse juga, terima kasih semua.



     




 







  

No comments:

Post a Comment