JellyPages.com

Friday 2 August 2013

ALLAH UJI TANDA INGATAN DAN SAYANG #part1

Take a deep breath,breathe out and smile 
  BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM
Hari ini tetiba teringin nak kongsi cerita pasal perkara atau boleh dikatakan pengalaman yang berlaku beberapa bulan lepas. Feeling ramadhan and raya sekali |Okay sapa nak baca dipersilakan, sapa tak mau boleh ambil cursor dan tekan pangkah di atas| Entri kali ini mungkin agak panjang. Sila lah bawa bantal bersama agar boleh tidur lepas baca blog ini. 
Okay. 

Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu berkata: bahwa “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin. Sungguh seluruh perkaranya adalah kebaikan. Yang demikian itu tidaklah dimiliki oleh seorangpun kecuali seorang mukmin. Jika ia mendapatkan kelapangan, ia bersyukur. Maka yang demikian itu baik baginya. Dan jika ia ditimpa kesusahan, ia bersabar. Maka yang demikian itu baik baginya.” (HR. Muslim no. 2999)


3.5.13
. Masa tu semua tengah semangat nak PRU.Tapi aku alami demam,batuk, selsema dan sakit urat. Aku pon ingat demam biasa, then pergilah klinik dekat rumah. Dooktor bagi ubat 7 jenis; vit c,vitamin ni sedap sangat ;antibiotik,doktor suruh habiskan tapi tak mampu aku lakukan ;selsema,sangat mujarab ;kahak, pahit bebenor ;demam, okay boleh diterima ;batuk, tekak aku tak leh terima ubat ni ;ubat angin,sedap macam cekelat hacks. Total RM50. Lepas tu balik rumah makan ubat macam biasa. Tapi rassa semacam saja,macam ada tak kena. Batuk siang malam tak henti sampai tak leh tidur. 


Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia turunkan untuk penyakit itu obatnya.” (HR. Al-Bukhari no. 5678)

4.5.13
Rasa letih sesangat. Bangun pon tak larat. Tapi semua berlagak macam biasa sebab ade demam biasa saja. Kaki mula rasa berat. Memang rasa down gila masa tu. Nak makan pon tak lalu. Kalau makan mesti muntah muntah,kiranya apa yang makan semua tak lekat kat perut. Makan?? minum air ja kot masa tu sebab yang semua tak leh nak telan. Ummi marah sebab tanak makan. Tapi jujur memang tak leh nak makan. And the worst thing aku batuk tak henti henti. Malam memang tak leh tidor sebab batuk teruk sangat. Rasa macam anak tekak nak keluar ja. 

5.5.13
PRU 13. Okay semua memang busyy hari tu. Pepagi lagi aku kena tinggal sorang sorang kat rumah, semua pakat dok berkempen. Mood berkempen semua.Sedih aku tak dapat join. (ada hati dalam dok sakit sakit) Sebelum keluar rumah, ummi pesan makan ubat. Okay noted to self. Boleh dikatakan aku terperap dalam bilik seharian,bukan tanak keluar tapi memang masih tak larat badan lemahh longlai kaki jadi berat macam kena simen nak angkat kaki memang tak boleh.. Demam dah lega tapi batuk makin teruk. Disebabkan aku anak manja, malam tu aku tidur dengan ummi,hehehe. Nak lebih kasih sayang. Tapi bukan boleh tidur sebab batuk teruk sangat dan sangat.Muntah air.

6.5.13
Penang cuti. Ummi pelik sebab aku tak lega lega batuk lagi. Lepas tu ummi cadangkan pergi cek kat hospital. Pagi tu pergi hospital seberang jaya. Masuk Jabatan Kecemasan. Masa bleh jalan sikit sikit lagi tapi sebab aku lemah so pakai wheelchair. Tunggu doktor periksa. Lepas tu ceritala kat doktor apa yang berlaku. Doktor pon cucuk jarum. Okay first time cucuk sebab nak ambil darah. Perasaan= terharu+nak nangis+terkejut=spechless. Doktor masukkan air satu botol dalam badan. Lama sesangat. Dok kat ruang kecemasan memang best gila. Dapat tengok ambulans ambulans datang hantar pesakit excident la lelah la asma la, macam macam ada. Lepas tu, habis sebotol aku okay sikit, boleh gagah jalan. Nak balikkk. Nak tidoq. Disebabkan tunggu doktor lama sangat,aku bangun dengan bawa bottle drip tu jalan pi cari doktor. Aku kata kat jururawat tu 'saya nak balik'. Jururawat tu risau 'eh, adik tak leh balik dengan jarum ni, doktor periksa adik tadi yang mana'. Lepas tu doktor aku mai. Doktor tu kata lambat sebab depa tunggu result darah aku. Then, tunggu lagi. Doktor pon mai kat aku, 'darah adik ok,mungkin adik kurang kalsium' 'Kalau adik tak ok lagi 2 3 hari datang balik ya'. Aku pon terhangguk angguk. OK saya faham. Aicewahh, Lepas tu tunggu abah ambil ubat. Ubat yang sama cuma tambah air kalsium. Aku pon balik. Ummi pesan,'atin makan ubat'. Malam tu,aku still and still tak leh nak telan dan pergerakan kaki makin down. Nak masuk toilet pon kena papah. Kaki jadi cram terus. Batuk tak henti lagi.

7.5.13
Semua pergi kerja, aku tinggal sorang sorang. Abang ada tapi dia tidur sebab baru balik kerja so macam tak ada orang ja. Pagi tu memang lemah, sembahyang kena duduk. Lepas tu ummi mesej, tanya makan ubat tak lagi dan masa tu aku baru perasan mulut aku dah tak leh tutup. Masa tu Ya Allah hanya Tuhan yang tahu, aku menangis. Aku mesej ja kat ummi, dan aku juga baru perasaan mata aku jadi rabun. Lagi la aku bertambah sedih. Aku gagah bangun makan ubat pastu tidur balik sebab aku rasa letih. Ummi balik, aku buat buat kuat gagah bangun. Ummi marah sebab aku tidur tapi aku tahu jauh di sudut hati ummi,ummi risau aku tak lega lega lagi. Aku cakap nak pergi hospital balik sebab aku tak larat dah. Tapi aku tak pasti nak pi ke tidak. Aku tunggu malam sikit, aku memang lemah gila rasa nak pengsan dah masa tu. aku pon setuju nak pi hospital balik. Macam biasa,dekat Jabatan Kecemasan sebelum jumpa doktor kena jumpa pembantu perubatan dulu, Hari tu jururawat lelaki, hensem kot hahah dan lagi aku mengusya. Tak insaf sunnguh. Semalam perempuan. Tunggu doktor lama la jugak mungkin sebab malam kot pesakit ramai. Berbangkukan wheelchair,aku tunggu doktor panggil nama aku. Ummi teman aku masuk sebab aku tak leh nak cakap dengan sempurna. Sebenarnya bilik tu sempit so depa suggest penjaga just tunggu kat luar. Tapi kes aku lain. Ummi wakil aku cerita balik, doktor perempuan yang periksa aku tu perasaan 'eh,ni adik yang datang semalam kan'. Then, doktor tu check lebih terperinci. Doktor pon pelik sebab darah aku okay tapi still sakit lagi. Masa tu aku memang rasa nak pitam,mata jadi makin blur. Doktor tu cakap ' aku rasa budak ni macam nak (collepst)*tak tau eja tapi bunyi lebih kurang* ja'. Aku rasa mungkin akan pengsan la kot. Then, lepas doktor tu cucuk aku masukkan jarum. Depa masukkan sebotol air. Doktor tu pesan kat jururawat 'hantar adik ni ke wad*k aku lupa nama wad tu tapi wad tu sama lorong dengan ruang kecemasan*'. Kat situ aku disediakan katil. K aku ngantuk gila,hampir pagi juga, *tak tengok jam* Sebelum tu jururawat tu tolak aku pergi bilik x-ray. Cek paru paru.  Mata mengantuk tapi tak leh nak tidur la pulak. Dah la kat situ nampak macam macam pesakit. Sat lagi dok dengar pulak nurse tu cerita ada polis mai jaga sebab ada hindu dok tetak tetak orang kena hantar hospital. Seram doo duk situ.
08/05/2013 3.26 am -camera aku ada set time and date rupanya- 





Okay,night peeps.Cukup untuk hari ini. Sambung part lain pulak. Nak tau aku sakit apa?? Tunggu akan disambung Aicewah atin asal kau bajet pilem sangat. Eh, tak leh ka?  Suka ahh. ihihihi. Semoga Allah memberkati kita. Wasalam. #Smile it is gift
                                                                                                                                       BERSAMBUNG:))

No comments:

Post a Comment